Masjid Al-Hidayah ajak masyarakat berinfaq

Iklan
Sumbangan diperlukan bagi kerja-kerja menambah baik infrastruktur masjid seperti pembinaan menara, atap wuduk muslimat dan alat siara raya.

KUALA KRAI - Ahli jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Taman Sri Pinang, Sungai Durian di sini mengajak masyarakat untuk merebut ganjaran pahala di sepanjang Ramadan menerusi pelbagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihaknya.

Pengerusinya, Dr Mohd Nazri Mat Zin berkata, kesempatan yang ada di bulan penuh berkat ini perlu direbut sebaik mungkin bagi memastikan ia tidak berlalu begitu sahaja.

Iklan
Iklan

"Sehubungan dengan itu, pihak kami telah merangka pelbagai program untuk merapatkan hubungan kita dengan ALLAH menerusi wacana ilmu dalam mengukuhkan akidah termasuklah sambutan ambang Ramadan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selain ilmu agama program ini turut memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat.

Ahli jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Taman Sri Pinang, Sungai Durian, Kuala Krai mengajak masyarakat untuk merebut ganjaran pahala di sepanjang Ramadan menerusi pelbagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihaknya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Dr Mohd Nazri turut membuka peluang kepada masyarakat untuk berwakaf dan infaq harta mereka sebagai amal jariah.

"Ia boleh dilakukan menerusi sumbangan bagi kerja-kerja menambah baik infrastruktur masjid seperti pembinaan menara, atap wuduk muslimat dan alat siara raya yang dianggarkan menelan belanja RM76,000.

Iklan

"Masjid ini merupakan nadi kepada 150 penduduk di sekitar Taman Sri Pinang, Sungai Durian," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03072010132354 Tetuan Surau Al-Hidayah.