Pengusaha buko pandan, Idda Melisa, 36, (kanan) bersama pembantunya pada proses menyiapkan Buko mangga ketika ditemui di rumahnya di Kampung Putih, Kota Bharu, hari ini.
Pencuci mulut berbuka puasa itu asalnya dari Filipina mendapat sambutan pada Ramadan tahun ini. Pencuci mulut itu dibuat dengan pelbagai perisa antaranya ialah buko pandan, laici, mangga dan longan, yang boleh didapatkan dalam tiga jenis pilihan bekas bersaiz M dengan harga RM12, saiz L berharga RM37 dan RM70 untuk buko bersaiz XL. - Foto Bernama