Lelaki rempuh pagar rumah, langgar penunggang motosikal ditahan

Iklan
Tangkap layar sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus dirakam oleh pengguna jalan raya lain sebelum didakwa terlibat kemalangan di SKVE, pada Isnin.

KUALA LANGAT - Polis mengesahkan seorang lelaki yang ditahan kerana memandu secara melawan arus dan melanggar dua penunggang motosikal di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Isnin berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, sebelum insiden di SKVE itu, suspek didakwa bertelingkah dan cuba untuk menceroboh masuk ke dalam rumah seorang lelaki berusia 57 tahun di Taman Rambai Indah di Jenjarom.

Iklan
Iklan

"Polis terima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun mengatakan seorang lelaki tidak dikenali berada di hadapan rumahnya.

"Suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk, membuat bising dengan mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan rumah pengadu sambil memegang pisau serta memegang botol arak. Suspek juga menampar anak mangsa semasa berlaku pertengkaran itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurut Ahmad Ridhwan, suspek telah datang semula ke rumah mangsa dengan menaiki kereta Perodua Bezza dan merempuh pintu pagar rumah mangsa hingga menyebabkan kerosakan dianggarkan sebanyak RM1,800.

Pada Selasa Sinar Harian,melaporkan, dua penunggang motosikal cedera dalam dua kemalangan berasingan akibat dilanggar oleh sebuah Perodua Bezza yang dipandu secara melawan arus di Lebuh Raya SKVE menghala Bandar Saujana Putra dalam kejadian pada Isnin.

Iklan

Kejadian tersebut tular selepas satu klip video berdurasi dua minit 30 saat memaparkan kereta suspek yang dipandu secara melawan arus bertembung dengan sebuah motosikal dimuat naik seorang pengguna Facebook.

Ahmad Ridhwan berkata, polis kemudian menahan suspek yang turut cedera dalam kemalangan itu dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

Tambah Ahmad Ridhwan, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.