Penemuan mayat dalam gaung bongkar kes dera

Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan tiga suspek direman bantu siasatan kes jumpa mayat wanita tanpa identiti dalam gaung.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Penemuan mayat wanita di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus pada bulan lalu yang membawa kepada penahanan tiga suspek berjaya membongkar satu kes penderaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, semasa menjalankan siasatan penemuan mayat di gaung berkenaan, pihak boleh berjaya membongkar satu kes penderaan dipercayai melibatkan salah seorang suspek yang ditahan.

"Kes dera ini melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 8 bulan.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua mangsa kini masih menerima rawatan (lokasi dirahsiakan)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas Nanda, kesemua kes dalam proses pengumpulan bukti untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Sementara itu, Nanda berkata, kertas siasatan berhubung kes penemuan mayat wanita dalam gaung telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun reman terhadap dua suspek lelaki dan wanita yang berakhir pada Isnin dilanjutkan," katanya.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pada 20 Mac lepas, seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjoging menemui mayat dipercayai wanita di dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus.

Susulan itu, siasatan lanjut terhadap kesemua suspek masing-masing dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun dan seorang wanita berusia 18 tahun membawa kepada penemuan tengkorak dan cebisan tulang rangka.

Penemuan itu dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang ditanam di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini, pada 7 April lalu.