Korean Masters: Jin Wei cipta kejutan tewaskan pemain ke-32 dunia

Iklan
Aksi Jin Wei ketika menewaskan Phittayaporn di pusingan ke-32 kejohanan Korean Masters.

PEMAIN badminton perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei mencipta kejutan apabila menundukkan pemain ke-21 dunia dari Thailand, Phittayaporn Chaiwan untuk mara ke Pusingan 16 saingan Korea Masters 2022.

Pemain yang berada di ranking 88 dunia itu, bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 21-12, 19-21, 21-11 dalam perlawanan yang berlangsung hampir satu jam.

Iklan
Iklan

Menanti Jin Wei di peringkat pusingan 16 ialah pemain China, Wang Zhiyi yang kini menghuni ranking ke-17 dunia.

Zhiyi sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Sim Yu-jin dengan ‘straight set’ 21-18 dan 21-16.

Iklan

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara, Soong Joo Ven turut melangkah ke pusingan 16 saingan Korea Masters 2022 selepas menumbangkan wakil Singapura, Jason Teh Jia Heng.

Pada perlawanan tersebut, Joo Ven tidak berdepan masalah mengalahkan pemain berusia 21 tahun itu secara ‘straight set’ 21-8 dan 21-18 dalam tempoh 46 minit.

Iklan

Pemain berusia 26 tahun itu bakal berhadapan dengan pemain pilihan kelima kejohanan yang juga pemain tuan rumah, Heo Kwang-hee di peringkat pusingan 16 pada Rabu.