JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022.
Menurut Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU), Hisham Saed, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada jemaah haji dari semua negara untuk menunaikan ibadah itu, terutama selepas dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19.