Hamil 8 minggu diperkosa abang ipar

Iklan
Gambar hiasan

KAJANG - Seorang lelaki tergamak memperkosa adik iparnya dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya telah menerima laporan polis semalam oleh mangsa berusia 18 tahun yang mendakwa dipukul, dirogol serta diliwat abang iparnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam laporan tersebut, kira-kira jam 2 pagi semalam, mangsa mendakwa telah dipukul oleh abang iparnya menggunakan tali pinggang kerana tidak mahu melayan kehendak suspek untuk melakukan hubungan seks.

"Kali terakhir mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dan telah diliwat abang iparnya adalah pada Selasa lalu sebanyak dua kali.

Iklan

"Mangsa dipercayai dipaksa melakukan hubungan seks dengan abang iparnya sejak berusia 16 tahun. Sekiranya mangsa tidak melayan kehendak itu, kakak mangsa turut memarahi mangsa," katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, malah, suspek berusia 30 tahun itu juga pernah merakam hubungan seks dengan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Iklan

Katanya, suspek turut mengugut mangsa akan menunjukkan rakaman tersebut kepada suami mangsa sekiranya mangsa berkahwin nanti selain memberi amaran untuk tidak membuat laporan polis.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa yang tinggal bersama kakak kandungnya itu kini hamil lapan minggu," katanya.

Tambahnya, bertindak atas laporan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menangkap suspek.

"Suspek telah direman tujuh hari sehingga 29 Mac depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.