Sri Lanka mungkin gagal bayar hutang, mohon bantuan IMF

Iklan
Sri Lanka mempunyai rekod permbayaran hutang luar negeri yang baik sejak merdeka pada 1948. Foto: 123RF

NEW DELHI - Kerajaan Sri Lanka memberi amaran negara ini mungkin berdepan kegagalan membayar semula hutang, satu masalah yang disifatkan tidak pernah berlaku sebelum ini, menjadikan krisis ekonomi kian meruncing.

Menurut kerajaan, pihaknya telah menghubungi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan membuat satu pelan pemulihan ekonomi.

Iklan
Iklan

"Sri Lanka mempunyai rekod permbayaran hutang luar negeri yang baik sejak merdeka pada 1948. Bagaimanapun, peristiwa baru-baru ini, termasuk kesan pandemik Covid-19 dan konflik di Ukraine, telah menggugat kedudukan fiskal Sri Lanka menyebabkan mustahil untuknya menunaikan obligasi hutang awam luar," memetik kenyataan Kementerian Kewangan.

Pihak yang terjejas oleh pemberhentian pembayaran pinjaman termasuk pemegang bon yang diterbitkan dalam pasaran asing, semua pemiutang dua hala dan institusi penyedia pinjaman mata wang asing.

Iklan

Menurut kementerian, Sri Lanka akan 'mempercepatkan' rundingan dengan IMF dan mendapatkan bantuan daripada rakan kongsi untuk mengatasi masalah itu, serta meringankan penderitaan rakyat Sri Lanka.

Krisis ekonomi telah menyebabkan rakyat mengadakan bantahan besar-besaran berikutan peningkatan inflasi, bekalan tenaga terjejas dan kekurangan barangan keperluan. - Bernama

Iklan