Rafizi diminta fahami adab berorganisasi

Iklan
Syed Badli Shah

SHAH ALAM - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli perlu kembali menginsafi nilai teras pemahaman kerja secara berpasukan dalam adab berorganisasi.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, kenyataan Rafizi yang menggesa calon-calon pemilihan parti untuk menyatakan hala tuju parti sebagai tidak menepati adab berorganisasi dan konsep kerja secara berpasukan.

Iklan
Iklan

Katanya, Fasal 1.2 Perlembagaan PKR secara jelas menyatakan bahawa Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam parti dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah tuju parti.

"Ini bermaksud, hala tuju parti perlu diputus secara berjemaah dalam adab kerja berpasukan oleh badan tertinggi dalam parti iaitu Kongres Nasional.

Iklan

"Di sinilah peri pentingnya peranan setiap pimpinan untuk menyumbang tenaga dan idea demi memantapkan agenda perjuangan parti secara bersama.

"Sesungguhnya organisasi parti tidak boleh dipacu dengan agenda peribadi mahupun cara kerja segelintir mereka yang tidak memahami konsep kerja secara berjemaah,” katanya yang juga Naib Ketua AMK Damansara dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, Rafizi Ramli meminta pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon-calon jawatan tertinggi lain menjelaskan pendirian mereka mengenai hala tuju parti serta sumbangan gerak kerja untuk menang pada pilihan raya akan datang.

Rafizi menegaskan, beliau dan rakan seperjuangan yang sependapat tidak percaya kepada sebarang strategi dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan-bangsawan politik.