Mari kita berdoa individu ini segera ditangkap, kata Asri

Iklan
Pasukan forensik Bomba dari Perlis dan Putrajaya ketika melakukan siasatan terhadap kereta rasmi mufti Perlis yang terbakar. - Foto FB DrMAZA.com (Gambar kecil: Mohd Asri)

KANGAR - Tindakan dua individu yang membakar kereta kenderaan rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam disifatkan sebagai perbuatan yang berunsur keganasan yang boleh mengancam nyawa.

Mohd Asri melalui Facebook rasminya berkata, beliau juga berharap individu-individu yang bertanggungjawab tersebut akan segera ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Marilah kita berdoa agar dua individu yang disebutkan oleh Ketua Polis Perlis (Datuk Noor Mushar Mohd) yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) itu segera ditangkap,"katanya.

Menurutnya, semangat beliau terus membara bagaikan seekor singa walaupun selepas ini menaiki Kancil kerana kereta rasminya telah dibakar.

Iklan

"Sekali lagi saya amat menghargai pasukan Bomba dan juga PDRM yang bertungkus lumus sejak semalam. Pasukan forensik Bomba dari Perlis dan Putrajaya baru sahaja meninggalkan kawasan rumah setelah masuk waktu Subuh. Semalaman mereka bertungkus lumus,"katanya lagi.

Semalam, hasil siasatan awal Polis Perlis mendapati kereta tersebut yang terbakar di hadapan rumah Mohd Asri di Jalan Persiaran Wawasan di sini, pagi tadi ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Iklan

Bahagian hadapan enjin kereta tersebut terbakar sepenuhnya, cermin belakang dan depan pecah dan tayar depan kiri kereta juga terbakar.

ARTIKEL BERKAITAN Kereta rasmi mufti Perlis dibakar