UTeM kini tersenarai dalam 'QS World University Rankings by Subject'

Iklan
UTeM pertama kali tersenarai dalam penarafan QS University Rankings by Subject 2022. (Gambar kecil: Dr Massila)

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah di pentas dunia apabila mencapai kejayaan terbaharu apabila disenaraikan dalam penarafan QS University Rankings by Subject 2022.

Naib Canselornya, Profesor Dr Massila Kamalrudin berkata, ia merupakan kejayaan pertama kali UTeM menyertai senarai tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, UTeM tersenarai dalam dua bidang utama iaitu kejuruteraan mekanikal, aeronautik dan pembuatan pada kedudukan 451-500 yang telah diumumkan pada 6 April lalu.

"Bidang sains komputer dan sistem maklumat pula pada kedudukan 651-670 di peringkat dunia.

Iklan

"Kejayaan penyenaraian dua bidang UTeM ini dilihat bertepatan sekali dengan fokus dan identiti UTeM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi negara bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penarafan 'QS World University Rankings by Subject' itu menilai institusi pengajian tinggi berdasarkan 51 bidang khusus yang membentuk lima bidang utama.

Iklan

Menurutnya, komponen utama penilaian pula adalah reputasi, sitasi, penerbitan serta satu komponen baharu iaitu jaringan kolaborasi antarabangsa dalam penyelidikan.

Ujarnya, keberadaan inicersititi berkenaan dalam kedudukan universiti terbaik dunia membuktikan bahawa UTeM sebuah institusi kecemerlangan ilmu terutamanya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan terus berprestij setanding dengan universiti terkemuka lain di pentas antarabangsa.

Katanya, pencapaian sulung yang membanggakan ini tentunya kerana kesepakatan usaha bersama yang tidak pernah berbelah bahagi antara pihak pengurusan tertinggi, pensyarah, pentadbir dan seluruh warga UTeM.

"UTeM menyasarkan pencapaian ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa selari dengan aspirasi Pelan Strategik UTeM 2021-2025: ‘Seven Strategic Goals of UTeM’ dalam tempoh 5 tahun," katanya.

Ends#