Kuih penganang dan kuih bakar sering mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan susulan menjadi salah satu juadah istimewa Hari Raya di Terengganu. Kelihatan pekerja membakar kuih penganang pada bahagian atas dalam bekas tembaga selama 15 minit bagi memastikan ianya dimasak dengan sempurna.
Pengusaha kuih itu Ruziati Hashim, 49, yang menjalankan perniagaan tersebut di Bukit Bayas di sini sejak 20 tahun lalu tidak menang tangan menyiapkan sehingga 400 biji kuih setiap hari pada Ramadan berbanding bulan biasa.
Beliau dan suami Ruslan Mustafa, 54, yang turut dibantu anak serta pekerja menghasilkan kuih tersebut secara tradisional menggunakan acuan tembaga dibakar dengan kayu atau tempurung kelapa menjadikan kuih itu enak, beraroma serta lembut.
Ramuan untuk membuat kedua-dua kuih berkenaan agak ringkas iaitu tepung gandum atau tepung kacang hijau, santan, gula serta telur dan dijual pada harga RM7 untuk kuih bakar serta RM8 bagi kuih penganang. - Foto Bernama