Media perlu bersama dalam agenda lawan rasuah

Iklan
Ashwad (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Nurhayati (empat dari kanan) ketika kunjungan hormat pasukan Rasuah Busters ke Astro Awani di sini pada Rabu

KUALA LUMPUR - Semua media perlu berganding bahu menyelamatkan negara daripada gejala rasuah dengan menyebarkan mesej kesedaran anti rasuah.

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata, mesej tersebut akan dapat disampaikan kepada lebih banyak lapisan masyarakat dengan pelbagai latar belakang.

Ashwad

Iklan
Iklan

"Media harus bersama memastikan agenda melawan rasuah ini. Ia bukan hanya dari Kumpulan Karangkraf atau tetapi semua kerana merupakan agenda negara.

"Kita perlu memberi sokongan supaya tujuannya lebih berkesan. Media tidak perlu takut untuk menekankan aspek kewartawanan siasatan. Dalam masa sama, kita juga menjadi platform semak dan imbang terhadap masyarakat,” katanya selepas kunjungan hormat pasukan Rasuah Busters ke Astro Awani di sini pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan sahaja perlu melibatkan keseluruhan media, Rasuah Busters yang mempunyai kekuatan dengan gabungan bersama lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan kepimpinan negara.

Tambah Ashwad, Rasuah Busters perlu mengekalkan kekuatan bagi memastikan usaha secara keseluruhan dapat direalisasikan.

Iklan

"Saya berharap Rasuah Busters mempunyai 'stamina' yang tinggi untuk meneruskan usaha supaya hasrat menerapkan sistem nilai melawan rasuah dapat dipercepatkan.

Beliau turut berharap pasukan tersebut dapat meluaskan usaha ke peringkat antarabangsa

"Rasuah ini tiada sempadan. Pasukan Rasuah Busters diharap dapat membina jaringan yang lebih jauh.

Pasukan Rasuah Busters disambut oleh Ashwad dan kakitangan Astro Awani ketika kunjungan hormat pada Rabu.

"Kalau tidak dapat di peringkat global pun, mungkin di peringkat ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berharap sinergi media itu dapat dilakukan secara berterusan bagi membentuk sistem nilai dalam setiap individu.

"Selain kita berhubung dengan pelbagai pihak iaitu pemegang taruh, Sebenarnya media merupakan ejen perubahan besar kepada masyarakat,” katanya.