Penjawat awam Pahang terima duit raya RM1,200

Iklan
Wan Rosdy menyampaikan sumbangan awal persekolahan murid tahun satu pada Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 di Dewan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), pada Rabu.

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM1,200 sempena Aidilfitri kepada 8,000 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran bantuan khas itu meningkat RM200 tahun ini berbanding RM1,000 yang disumbangkan tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak RM9.6 juta diperuntukan untuk bantuan khas yang bakal dinikmati penjawat awam negeri melibatkan semua gred perjawatan.

"Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar pada 20 April ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022, Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun Satu 2022 di Dewan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, pada Rabu.

Iklan

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri mampu melaksanakan bayaran khas itu kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

"Ia juga sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini. Melalui Bantuan Khas Kewangan ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam Negeri Pahang dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti.

Iklan

"Pada masa sama, pemberian insentif itu diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam negeri Pahang untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri," katanya..