Masalah parkir HTI diatasi

Iklan
Nga Kor Ming (tiga, kanan) ketika mengadakan lawatan ke Hospital Teluk Intan, hari ini.

TELUK INTAN - Masalah kesesakan di pekarangan Hospital Teluk Intan dijangka selesai dengan pembinaan sebuah tempat meletak kenderaan awam yang boleh memuatkan 1,000 petak parkir, tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan telah bersetuju memperuntuk RM125,000 bagi melaksanakan kerja-kerja awal di tapak dicadangkan iaitu bersebelahan hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

"Keseluruhan kos bagi pembinaan tempat parkir ini adalah sebanyak RM1.15 juta, tetapi untuk peringkat permulaan, kementerian mengagihkan RM125,000 untuk tujuan pembersihan tanah terlebih dahulu.

"Kita akan usahakan peruntukan tambahan yang lain bagi memastikan pembinaan ini dapat dimulakan secepat mungkin," katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Teluk Intan, hari ini.

Iklan

Menurutnya, isu parkir di hospital berkenaan telah dibangkitkan penduduk sejak 10 tahun lalu dan 549 parkir sedia ada tidak mampu menampung jumlah kehadiran pesakit serta pelawat yang tinggi.

"Tahun lepas sahaja, rekod menunjukkan seramai 180,000 pesakit telah mengunjungi hospital ini dan daripada jumlah itu, 34,000 perlu dimasukkan ke wad rawatan.

Iklan

"Ini tidak termasuk jumlah pegawai dan kakitangan hospital yang mencecah 1,800 orang, jadi kemudahan parkir perlu diberi perhatian segera untuk manfaat rakyat," katanya.

Nga Kor Ming (tiga, kanan) ketika mengadakan lawatan ke Hospital Teluk Intan, hari ini.