Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Pakistan Dr Arif Alivi (kiri) semasa mengadakan kunjungan hormat di Rumah Presiden pada Jumaat. -Foto Bernama

ISLAMABAD - PAKISTAN. [DIKEMASKINI] Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju (di barat) menyebabkan mereka tidak berani membantah sebarang tindakan tidak betul oleh negara barat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata kerana itu, mereka terpaksa akur dengan apa juga yang dilakukan oleh negara barat

Iklan
Iklan

" Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju untuk segala-galanya. Kebolehan mereka amat terhad.

" Oleh kerana negara barat membuat sokongan kuat kepada Israel, maka ini menyebabkan negara Islam takut kalau mereka kecam Israel, negara barat akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya pada sidang media di akhir lawatan tiga hari beliau ke Pakistan di sini Sabtu.

Iklan

Mengenai lawatannya ke Pakistan pada saat tercetusnya suasana tegang antara India dan Pakistan, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak memihak kepada mana-mana negara kerana ia tidak menginginkan perang.

" Kita tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak. Saya kira membiarkan pengganas melakukan sesuka mereka adalah berbahaya. Kita mesti sekat pengganas, di kedua-dua pihak (India dan Pakistan) mesti halang tindakan keganasan. Bila pengganas bertempur mereka hanya mahu membalas dendam.

Iklan

"Mereka tidak boleh menawan, atau mengalahkan (lawan). Apa mereka boleh lakukan... membunuh orang.

"Apakah itu nasib yang mesti diterima oleh manusia?. Kita tidak memihak tetapi kita memahami masalah yang mereka hadapi,” kata Dr.Mahathir. -Bernama