Pemuda maut terjatuh apartmen

Iklan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di laluan keluar tempat letak kereta bangunan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang lelaki pada jam 6.43 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemui mangsa terbaring dengan kepalanya berdarah dan tidak berkasut.

Iklan

"Sebelah kakinya memakai stokin berwarna hitam. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Pemeriksaan lanjut menemui sebelah lagi stokin dipercayai milik mangsa di tempat letak kenderaan di tingkat 5A bangunan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambah Shaharudin, turut ditemui kunci kereta dipercayai milik mangsa di tingkat sembilan, namun keretanya jenis Mazda di tingkat lima.

"Forensik dipanggil bagi membantu siasatan kerana kematian mangsa meragukan dan disyaki terdapat unsur jenayah," katanya.

Mayat dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.