Melaka selaran prosedur pembukaan sempadan dengan negara luar

Iklan
Muhammad Jailani (dua, kiri) beramah mesra dengan para petugas media Melaka semasa menyampaikan sumbangan hari raya pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaikan Cenderahati Aidilfitri pada Rabu. - Foto Bernama

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) sedang menyelaras prosedur berkaitan pembukaan sempadan dengan beberapa negara dalam usaha menarik kehadiran pelancong, sekali gus memulihkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri itu.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, antara negara terlibat ialah China dan Indonesia yang merupakan negara sumber pelancong antarabangsa tertinggi berkunjung ke Melaka, terutama bagi sub sektor pelancongan kesihatan.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh, kita dapati ada beberapa wilayah di China telah membuka sempadan antarabangsa mereka walaupun secara khususnya China masih belum membuka pintu sempadan kepada negara lain.

"Penyelarasan ini penting kerana terdapat keputusan dan peraturan yang tidak selaras seperti maklumat pembukaan pintu sempadan wilayah di China dan Indonesia bakal dibuka tetapi maklumat itu tidak dapat dipastikan kesahihannya," katanya kepada pemberita di sini malam Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Cenderahati Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 50 orang pengamal media di Melaka.

Mengulas mengenai sektor perhotelan negeri selepas pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura pada 1 April lepas, Muhammad Jailani berkata, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah tempahan bilik hotel di Melaka.

Iklan

"Ada hotel di Melaka pada bulan ini sahaja telah menerima tempahan bilik 40 peratus melibatkan pelancong Singapura dan ada hotel pula telah menerima tempahan sehingga 80 peratus daripada pelancong republik itu," katanya. - Bernama