PORT DICKSON - Kos bagi kerja-kerja pelupusan semua 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, dekat sini, berjumlah RM20,000, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir.
Beliau berkata, operasi pelupusan yang melibatkan 55 petugas itu berakhir pada jam 5 petang Rabu, dan pihaknya masih melakukan pengawasan rapi terhadap semua 19 ladang tidak berlesen yang berdekatan dengan kawasan ladang berkenaan kerana khuatir dengan penularan jangkitan.