Semua calon Naib Presiden PKR berkaliber, berpengaruh: Aminuddin

Iklan
Aminuddin - Foto Bernama

SEREMBAN - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan semua calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR kali ini berkaliber serta mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing.

Aminuddin antara calon Naib Presiden PKR kali ini turut berterima kasih kepada calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang telah menyenaraikan beliau dalam pasukannya pada pemilihan kali ini.

Iklan
Iklan

"Saya lihat mereka semua berkaliber, ada kekuatan dan pengaruh masing-masing, ini menunjukkan bahawa dalam PKR itu ramai pemimpin.

"Terima kasih masukkan saya dalam pasukan tersebut. Semua pasukan saya masuk, tetapi apabila Rafizi letakkan saya dalam pasukan tersebut, saya ucapkan terima kasih. Kita kena bekerja sebagai satu pasukan, iaitu pasukan Keadilan," kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Media melaporkan Rafizi menyenaraikan pasukannya bagi calon Naib Presiden PKR dengan menamakan Aminuddin, Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa) dan G Manivannan (bekas Ahli Parlimen Kapar) bagi pemilihan kali ini. - Bernama