Relevankah lagi bisnes kelab malam

Iklan
Gambar hiasan 123RF

TIDAK lama selepas Malaysia membuka sempadan negara bermula 1 April lalu, negara jiran, Singapura turut mengambil langkah sama.

Thailand bagaimanapun hanya bersedia membuka sempadan negara di laluan darat bermula 1 Mei depan.

Iklan
Iklan

Berbeza dengan Malaysia, Singapura tampil berani dengan mengumumkan semua bar, pub, pusat karaoke, disko dan kelab malam dibenarkan beroperasi semula sepenuhnya mulai 19 April ini.

Langkah itu diambil selepas negara itu mula melonggarkan sekatan Covid-19 termasuk mengadakan ujian antigen pantas negatif dengan diawasi oleh penyedia yang diluluskan kerajaan Singapura sebelum memasuki pusat hiburan malam.

Iklan

Pembukaan semula aktiviti pusat hiburan malam di Singapura dilihat seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada perniagaan dan pengunjung.

Bagaimanapun, Malaysia setakat ini belum membenarkan mana-mana kelab malam beroperasi atau menjalankan aktiviti sekalipun negara memasuki fasa peralihan endemik.

Iklan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, ia disebabkan faktor risiko jangkitan yang terlalu tinggi mampu terjadi sekiranya ia dibenarkan beroperasi.

Tidak dinafikan, ramai pengunjung kelab malam kecewa dengan pengumuman kerajaan. Sehingga ada kata-kata sinis mengatakan telah berabad lama kerajaan mengutip cukai hasil jualan minuman keras dan lesen hiburan.

Namun begitu, mungkin ramai terlupa bahawa kita hampir terbiasa tanpa kelab malam lebih dua tahun. Sepatutnya kita bersedia meneruskan normal baharu yang telah lama diamalkan itu.

Sebenarnya kerajaan tidak perlu lagi dengan aktiviti kelab malam dan boleh mencari alternatif sumber pendapatan baharu, misalnya menghalalkan mata wang kripto pula. Mungkin Bank Negara boleh memperhalusi lagi mekanismenya, apa asas sandaran sistem kewangan digital tersebut dan yang penting bukan money laundering.

Bagaimanapun, ia perlu kajian menyeluruh oleh pakar dari negara luar dan pengkaji ekonomi baharu. Jika tidak, negara hanya akan termaktub dengan dasar ekonomi lapuk yang berbolak-balik dengan krisis serta kejatuhan.