SHAH ALAM - Sebanyak 22 kes kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu dengan enam daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Menurut data KKM di portal CovidNow, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini menjadi seramai 35,363 orang dengan 7,468 daripadanya adalah membabitkan kematian BID.