Kapal tentera laut Rusia rosak akibat letupan

Iklan
Gambar fail menunjukkan kapal tentera laut Rusia, Moskva. - Foto AFP

ODESSA - Sebuah kapal perang Rusia di Laut Hitam rosak teruk akibat letupan peluru, kata media negara itu pada Khamis.

"Akibat kebakaran, peluru-peluru meletup pada sebuah kapal peluru berpandu, Moskva. Kapal itu rosak teruk," kata Kementerian Pertahanan Rusia seperti dilaporkan media Rusia.

Iklan
Iklan

Ia menyatakan bahawa punca kebakaran sedang ditentukan dan anak-anak kapal telah dipindahkan.

Terdahulu, Gabenor Odessa, Maksym Marchenko berkata, tentera Ukraine telah menyerang kapal berkenaan dengan menggunakan peluru berpandu.

Iklan

"Peluru berpandu Neptune telah menyebabkan kerosakan yang sangat serius ke atas kapal Rusia," menurut kenyataannya di aplikasi Telegram.

Moskva pada asalnya dibina pada era Kesatuan Soviet di Mykolaiv, Ukraine dan mula beroperasi pada awal 1980-an, menurut media Rusia.

Iklan

Kapal itu membawa 16 peluru berpandu antikapal P-1000 Vulkan serta pelbagai senjata antikapal selam dan torpedo periuk api, kata laporan tersebut. - Agensi