Segera luluskan permohonan pekerja asing

Iklan
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN Bil.4/2022 di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa agar segera meluluskan permohonan pekerja asing dengan mengurangkan karenah birokrasi, mempermudah dan menambah baik proses kelulusan bagi menampung keperluan industri yang mendesak.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya 163 daripada 4,571 permohonan pekerja asing yang telah diproses sejak kerajaan memberi kebenaran terhadap semua sektor pada 15 Februari lalu.

Iklan
Iklan

"Majlis menyedari keluhan dan kerugian yang dialami pengusaha industri terutamanya sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan akibat kekangan tenaga kerja yang mendesak selepas ekonomi dibuka sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN dekat sini, pada Khamis.

Menurutnya, MPN dimaklumkan sektor perladangan kerugian sebanyak RM10 bilion kerana ketiadaan pekerja asing di ladang sawit semasa pandemik.

Iklan

"Sekarang ini harga kelapa sawit cukup tinggi dan kalau masih dilewatkan dengan tidak ada pekerja asing maka bertambah besar lagi kerugian kepada negara kita. Itu baru satu sektor," katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah pendek, MPN mencadangkan supaya kelulusan bersyarat diberikan kepada permohonan yang diproses untuk menyegerakan bekalan tenaga kerja asing kepada sektor terjejas.

Iklan

"Dalam jangka masa panjang, majlis berpandangan isu struktural kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan kepada tenaga asing secara menyeluruh perlu ditangani," katanya.

Muhyiddin berkata, MPN turut membincangkan isu ketinggalan dan keciciran pembelajaran pelajar serta penjagaan kanak-kanak.

"Dalam hal ini, majlis telah memberi pertimbangan dan pada dasarnya menyokong cadangan yang dibentangkan bagi menangani isu yang dihadapi pelajar dan kanak-kanak kesan penularan Covid-19," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keperluan untuk mengimbas daftar masuk ke sesebuah premis menggunakan aplikasi MySejahtera, Muhyiddin berkata, MPN dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa data-data tersebut masih lagi diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha kawalan Covid-19.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan KKM untuk bilakan ia tidak akan lagi diperlukan," katanya.