Kerjasama Aseanapol, Interpol bantu kesan mangsa pemerdagangan manusia

Iklan
Abd Jalil

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis Asean (Aseanapol) dalam usaha mengesan rakyat negara ini yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di beberapa negara Asia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini pihak polis mengesan rakyat negara ini menjadi mangsa sindiket pemerdagangan di Thailand, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Iklan
Iklan

"Selain kerjasama dengan Interpol dan Aseanapol, PDRM uga berkolaborasi dengan Kementerian Luar Negeri bagi membantu mangsa yang terlibat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada 1 April lalu, Sinar Harian melaporkan PDRM mengesan sindiket pemerdagangan orang yang mengeksploitasi warga tempatan dan diperdaya untuk dijadikan sebagai 'scammer' di luar negara.

Iklan

Abd Jalil berkata, sepanjang tahun lalu hingga Mac tahun ini, Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman menerima enam laporan berhubung kes terbabit melibatkan 24 lelaki dan dua wanita.

Menurutnya, kesemua mangsa itu masih memerlukan bantuan untuk diselamatkan daripada sindiket terbabit dan polis percaya masih terdapat mangsa yang masih tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Iklan

Modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa dengan iklan peluang pekerjaan di media sosial sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan tawaran gaji lumayan.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran akan berhubung dengan ejen melalui aplikasi media sosial dan selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan, ejen menjanjikan untuk mengurus serta menanggung segala kos perbelanjaan ke destinasi pekerjaan.