SHAH ALAM - Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza diminta hadir ke balai polis untuk disoal siasat berkenaan lakaran satira yang dipercayai menghina institusi diraja.
Menurutnya dalam satu ciapan di Twitter, kertas siasatan tersebut akan dibuka di bawah Akta Hasutan.
Jelasnya, perkara tersebut diketahui apabila beliau mendapat satu panggilan telefon dari pejabat polis Bukit Aman.
"Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam, polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi.
"Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ini juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya pada Khamis.
Pada Rabu, Fahmi sekali lagi hangat diperkatakan di media sosial apabila melakar satira yang dipercayai bertujuan menghina institusi diraja.
Hantaran itu telah mencetus pelbagai persepsi terutama pengguna media sosial.
Majoriti netizen di ruangan komen meluahkan rasa marah dengan menganggap bahawa perkara tersebut keterlaluan.