Manfaat potongan cukai perniagaan disediakan kerajaan

Iklan
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru para usahawan agar mengambil peluang memanfaatkan potongan cukai terhadap perniagaan yang disediakan kerajaan di bawah Bajet 2022 untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan.

Beliau berkata kerajaan telah mengumumkan pelbagai potongan cukai termasuk penangguhan bayaran cukai selama enam bulan bagi pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga 30 Jun, 2022.

Iklan
Iklan

"Di samping itu, terdapat juga lanjutan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian sehingga RM300,000 bagi menyokong pematuhan prosedur operasi standard seperti menambah baik pengudaraan,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat-92 yang dikeluarkan pada Khamis.

Selain itu, katanya, terdapat juga pemotongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja dan penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan, kebenaran pindaan anggaran cukai, potongan cukai khas atas pengurangan sewa dan kerugian terkumpul di bawa ke hadapan.

Iklan

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan dijangka melancarkan pelbagai inisiatif yang merangkumi rakyat, perniagaan dan ekonomi perniagaan pada minggu ini.

"Kerajaan juga telah melancarkan inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia (i-Biaya) bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri, terutamanya bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai penyata gaji.

Iklan

"Kerajaan sedar akan permasalahan ini dan sejajar dengan Dasar Perumahan Negara yang memberi penekanan kepada pemilikan rumah mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah,” katanya.

Menurutnya, dengan penyediaan rumah mampu milik dan inisiatif i-Biaya, ekosistem akan menjadi lengkap.

Menyentuh mengenai e-Pemula, skim transaksi tanpa tunai melalui eWallet Belia 2022, Tengku Zafrul berkata ia diharap dapat meringankan beban kewangan, menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dan menggalakkan transaksi tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.

"Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong perniagaan tempatan dan pembelian secara atas talian tidak semestinya pembelian daripada perniagaan tempatan, justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong kebangkitan ekonomi negara," tambahnya. - Bernama