Seminar lanjutan pengajian ke universiti di China

Iklan
Universiti Shanghai antara yang menawarkan peluang kepada calon berpotensi melanjutkan pelajaran di China.

SHAH ALAM - Bagi memenuhi minat pelajar Malaysia terhadap pembelajaran di China yang semakin meningkat, Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan China, Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa dan Jabatan Ujian Cina Antarabangsa (CTI) akan menganjurkan Seminar Lanjutan Pengajian sesi bahasa Inggeris secara dalam talian pada 16 April 2022 (Sabtu).

Seminar tersebut akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan akan bermula pada 9 pagi hingga 5.15 petang. Seminar ini bertujuan membekalkan maklumat penting dan terkini kepada calon berpotensi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di China, termasuk cara permohonan biasiswa yang lumayan.

Iklan
Iklan

Wakil dari 11 universiti China termasuk Tsinghua University (THU), Northwestern Polytechnical University (NWPU), China University of Petroleum, Beijing (CUPB), Shanghai University (SHU), Central University of Finance and Economics (CUFE), Southwestern University of Finance and Economics (SWUFE), Donghua University (DHU), Xi'an Jiaotong University (XJTU), University of Science and Technology Beijing (USTB), Lanzhou University of Technology (LUT) dan Peking University (PKU) akan berkongsi dan berinteraksi dengan penonton berkenaan persekitaran, fakulti, kemudahan pengajaran, kriteria kemasukan universiti masing-masing.

Selain itu, maklumat tentang Ujian Kefasihan Bahasa Cina (HSK) yang kini menjadi tiket masuk bagi mana-mana permohonan biasiswa atau universiti di China turut akan diperkenalkan dalam seminar tersebut.

Iklan

Pendaftaran Seminar Lanjutan Pengajian Universiti China adalah percuma tetapi terhad. Peserta yang berjaya mendaftar akan menerima pautan link dan kata laluan melalui emel. Mereka yang berminat boleh melayari https://www.emailmeform.com/builder/form/vz49Adlec30 untuk pendaftaran atau menghubungi 017-3824618 (Yeo).

Iklan