Israel lancar serangan dekat Damsyik

Iklan
Gambar fail menunjukkan dua buah kereta kebal milik tentera Israel di Bukit Golan yang pernah menjadi milik Syria. - Foto AFP

DAMSYIK - Israel pada Khamis melancarkan serangan udara ke atas kedudukan kerajaan berhampiran ibu negara Damsyik, kata agensi berita Syria, SANA.

Bagaimanapun, ia tidak melaporkan sebarang kematian akibat serangan tersebut.

Iklan
Iklan

"Serangan udara Israel menyasarkan kedudukan tertentu berhampiran Damsyik," katanya sambil menyatakan bahawa banyak letupan kedengaran di kawasan itu.

Badan Pemantau Hak-Hak Asasi Manusia Syria berkata, Israel menyerang kedudukan tentera di barat daya ibu negara.

Iklan

Sejak perang saudara meletus di Syria pada tahun 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan udara di dalam negara itu dengan menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera Syria yang disokong oleh Iran dan pejuang kumpulan Syiah Lubnan, Hizbullah.

Walaupun Israel jarang memberikan komen mengenai serangan di Syria, ia telah mengaku tentang peningkatan serangannya sejak tahun 2011.

Iklan

Konflik di Syria telah meragut kira-kira 500,000 nyawa, infrastruktur yang musnah dan jutaan orang kehilangan tempat tinggal. - AFP