Daftar Pemilih Tambahan dibuka untuk semakan bermula hari ini

Iklan

SHAH ALAM - Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) dibuka untuk semakan bermula hari ini sehingga 14 Mei depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan yang diperakui pada Khamis dan diwartakan hari ini mengandungi nama bagi 40,543 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 12,286 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya dan 5,019 orang pemilih bertukar status dan kategori pengundi.

"SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi daftar pemilih tambahan ini, iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.

Iklan

"Orang ramai juga boleh menyemak melalui portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau melalui Hotline SPR di talian 03-88927018," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, SPR turut menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2022.

Iklan

Ujar Ikmalrudin, sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

"Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D dan hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN3/2022.

"Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN3/2022 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri,” jelasnya.