Korea Masters: Dua wakil Malaysia tempah tiket ke separuh akhir

Iklan
Joo Ven

PEMAIN perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven membuktikan dirinya masih berada dalam kelas yang tersendiri apabila berjaya mara ke separuh akhir kejohanan Korea Masters sebentar tadi.

Joo Ven yang kini berada di ranking ke-68 dunia mara selepas menumbangkan pemain Israel, Misha Zilber di peringkat suku akhir secara straight set 23-21,21-18 dalam pertarungan yang memakan masa 47 minit.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, kejayaan Joo Ven mara ke separuh akhir adalah yang pertama dalam karier beliau sepanjang menyertai kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF.

Menanti Joo Ven di peringkat separuh akhir esok adalah pemain muda dari Jepun, Kodai Naroka yang berjaya menumpaskan wakil Perancis, Lucas Claerbout.

Iklan

Pemain berusia 20 tahun itu tidak berdepan masalah apabila menidakkan cabaran Claerbout dengan kemenangan straight set 21-15,21-17 dalam tempoh masa hampir satu jam.

Mengiringi Joo Ven ke pusingan separuh akhir adalah gandingan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai apabila berjaya menumpaskan gandingan Singapura Terry Hee Yong Kai - Tan Wei Han di peringkat suku akhir.

Iklan

Pasangan yang berada di rangking ke-13 itu yang juga merupakan pilihan keempat tidak berdepan masalah apabila menang secara straight set, 21-16,21-11 dalam pertarungan yang berlangsung selama 33 minit.

Menanti mereka di pusingan separuh akhir esok adalah gandingan beregu China, Ou Xuanyi-Huang Yaqiong yang mara selepas menewaskan cabaran wakil tuan rumah, Kang Min-hyuk dan Baek Ha-na (ranking ke-410).

Xuanyi-Yaqiong menang mudah keatas pasangan Korea, 21-15,21-10 dalam tempoh 34 minit.