Perniagaan Rempah Ratus

Iklan
Fasa peralihan ke endemik memberi ruang kepada penganjuran pelbagai majlis dan program, sekali gus merancakkan tempahan katering yang sebelum ini suram bak 'dilanda garuda' akibat penularan COVID-19 sejak dua tahun lepas.

Tempias itu turut dirasai penjual 'rempah istimewa' di Pasar Besar Kedai Payang di sini, yang rata-rata mengatakan permintaan rempah ratus kembali melonjak, malah meningkat sehingga tiga kali ganda pada Ramadan kali ini.

Kelihatan peniaga Maimun Awang, 56, (kiri) bersama suami Baharudin Yusof, 62, menjalankan perniagaan rempah ratus sejak 30 tahun lalu sibuk membungkus rempah ratus serta barangan lain yang ditempah pelanggan.

Beliau berkata permintaan rempah dijangka akan terus meningkat pada minggu terakhir Ramadan untuk persiapan memasak pelbagai hidangan bagi menyambut anak cucu pulang ke kampung setelah dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama.

Ini kerana sudah ramai telah melakukan tempahan untuk pelbagai masakan pada Aidilfitri nanti dan antara yang laris ialah rempah nasi dagang dan gulai kawah kerana ia memang resepi asli tradisional Terengganu yang tidak boleh dapat di tempat lain. - Foto Bernama