Jeti Hujung Pasir

Iklan
Suasana sibuk seawal pagi dengan aktiviti perikanan di Jeti Hujung Pasir hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan sosioekonomi golongan nelayan serta industri perikanan negara terus berdaya maju dan terbela.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata dalam masa sama MAFI akan memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan negara turut terjamin.

Selain itu, MAFI juga memberi jaminan bahawa bekalan makanan dalam keadaan stabil dan mencukupi menjelang perayaan Aidilfitri nanti. - Foto Bernama