Pas serah kepada rakyat tentukan calon PM

Iklan
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selesai menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang pada Jumaat.

MARANG - Pas menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan calon Perdana Menteri yang akan mentadbir negara melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan gopoh-gapah dalam soal tersebut dan mahu rakyat yang membuat pilihan apabila tiba waktu pilihan raya diadakan.

Iklan
Iklan

"Kita serah kepada rakyat, pilihan raya pun belum lagi (biar) rakyat menentukan keputusan pilihan raya jadi rakyat akan menentukan siapa, parti mana kemudian.

"Tidak perlu gopoh, nanti jadi macam Johor calon orang lain, naik orang lain. Order (pesan) barang lain, sampai barang lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan mesyuarat UMNO untuk tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai ini, Abdul Hadi berkata, ia akan diputuskan bersama dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

"MoU, kita akan buat keputusan bersama. Satu perjumpaan sudah dibuat dengan Perdana Menteri, Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yasin), saya dengan parti komponen (dan) kita bersetuju sebarang keputusan mesti dibuat bersama.

"Kerana kerajaan ini, kerajaan Perikatan Nasional, 70 kerusi adalah PN dan gabungan dia (dan) UMNO sebahagian daripadanya,” katanya.