SEPANG- Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk pengembara yang dipermudah akan menggalakkan lebih ramai pelancong kembali mengunjungi negara ini.