Acara campuran daya penarik Piala Raja Thai

Iklan
ABDUL HALEM

DUA acara campuran melibatkan pemain lelaki dan wanita dalam satu regu atau kuadran (berempat), akan diperkenalkan pada kejuaraan sepak takraw Piala Raja Thai 2022.

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, kedua-dua acara itu merupakan elemen baharu yang diperkenalkan dalam usaha menjadikan kejuaraan tersebut lebih menarik.

Iklan
Iklan

"Acara campuran bakal menyaksikan dua pemain lelaki dan seorang pemain wanita atau sebaliknya, beraksi dalam satu regu manakala bagi acara kuadran bakal melibatkan dua pemain lelaki serta dua pemain wanita.

"Bagi acara kuadran kita telah pun memperkenalkannya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 lalu.

Iklan

"Selain itu, antara acara lain yang akan dipertandingkan pada Piala Raja Thailand 2022 termasuk kemuncaknya regu berpasukan, antara regu, kuadran dan gelung bagi kategori lelaki dan wanita.

"Bagaimanapun, setiap pemain hanya dibenarkan menyertai satu daripada dua acara campuran berkenaan,” katanya yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Iklan

Kejuaraan Piala Raja Thai 2022 edisi ke-35 ini bakal berlangsung di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bangkok pada 24 hingga 31 Julai depan.