[VIDEO] UMNO wajar kekalkan model sedia ada

Iklan
Asyraf Wajdi (enam dari kanan) duduk bersila di atas jalan tar sempena Iftar Ramadan anjuran Pemuda UMNO Kubang Pasu, yang menjadi amalan tradisi penduduk di Kampung Padang Gelam, Jitra pada Jumaat.

JITRA - UMNO wajar mengekalkan model sedia ada dengan menggabungkan konsep kerjasama antara ketua kerajaan dan ketua parti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan wujud kesinambungan dalam pentadbiran mahupun kestabilan politik yang kita kecapi hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, formula sedia ada yang menggabungkan kerjasama antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ketua kerajaan dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti diyakini memberi impak yang positif.

"Sekarang ini biarlah kita kekal dengan model yang ada, ketua kerajaan dan ketua parti boleh bekerjasama secara beriringan," katanya selepas majlis iftar bersama Pemuda UMNO Kedah di Surau Kampung Padang Gelam, sempena jelajah ihya Ramadan di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas kewajaran untuk mengangkat Ismail Sabri ke jawatan presiden atau timbalan presiden pada pemilihan parti itu yang dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Asyraf Wajdi berkata, model seumpama itu adalah yang pertama kali dilakukan berbanding tradisi dalam UMNO sebelum ini yang mengangkat presiden parti sebagai Perdana Menteri.

Iklan

"Model berkenaan diamalkan di Indonesia, Amerika Syarikat, England dan India.

"Mungkin sudah tiba masanya kita juga amalkan di sini," katanya.

Menurutnya lagi, ia antara perkara yang telah dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) dan dipersetujui perwakilan.

"Namun apa yang paling penting adalah parti (UMNO) dan kerajaan mesti bekerjasama secara seiring," katanya.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, Pemuda UMNO menyokong sepenuhnya cadangan yang dibentangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bagi PRU15 akan datang.

"Ketika ini beliau adalah Perdana Menteri, agak janggal jika kita tidak meletakkan beliau sebagai 'poster boy' untuk hadapi PRU15.

"Bagi kita ini juga sebagai satu kesinambungan atas apa yang telah beliau lakukan hari ini dan pastinya ia perlukan mandat mutlak rakyat," katanya.

Menurutnya lagi, UMNO perlu memastikan adanya kesinambungan kerana

kerajaan yang ada pada hari ini bukannya kerajaan yang memiliki mandat rakyat.