Teliti dahulu manfaat ditawarkan syarikat insurans

Iklan
Sazali Abd Rahman -Foto Sinar Harian.

SHAH ALAM - Pemilik motosikal dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu manfaat yang ditawarkan setiap syarikat insurans sebelum mendapatkan perlindungan untuk kenderaan masing-masing.

Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Sazali Abd Rahman berkata, ia bagi memastikan insurans yang dibeli menepati kehendak pelanggan kerana manfaat yang ditawarkan setiap syarikat adalah berbeza.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penelitian juga bagi mengelakkan pemilik motosikal menanggung kerugian sekiranya insurans yang dibeli tidak menawarkan perlindungan seperti yang dimahukan.

"Kebanyakan pemilik motosikal ini jika nak memperbaharui insurans, mereka terus pergi ke mana-mana ejen bertauliah dan beli.

Iklan

"Namun, ada beberapa perkara perlu diteliti contohnya kita kena tengok nilai semasa kenderaan kita, kedua berapa diskaun kita dapat dan paling penting perlindungan apa yang kita mahukan.

"Pemilik motosikal kena tanya kepada penjual insurans tentang kelebihan produk itu. Kebanyakan orang ambil sahaja insurans sebab nak perbaharui cukai jalan. Apabila sesuatu berlaku, pemilik dah risau kerana insurans tidak 'cover' contohnya banjir dan sebagainya," katanya dalam rancangan Sinar Live bertajuk Insurans Motosikal: Betul Ke Cover Semua pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Allianz turut menawarkan produk insurans iaitu Allianz Motorcycle Plus untuk motosikal berkapasiti enjin bawah 250cc merangkumi semua manfaat yang boleh dinikmati oleh pengguna.

Sazali berkata, manfaat yang ditawarkan itu tidak memerlukan pelanggan untuk membayar kos tambahan kerana ia diberikan secara percuma.

"Produk ini melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal daripada kemalangan kematian dan kecederaan kepada penunggang dan pembonceng. Kami juga akan bagi elaun RM100 sehari selama 60 hari sekiranya penunggang atau pembonceng masuk hospital akibat kemalangan.

"Selain itu, jika berlaku kematian terhadap penunggang atau pembonceng, kami akan bagi RM10,000," katanya.

Sazali turut menjelaskan produk Allianz Motorcycle Plus itu juga memberikan perlindungan komprehensif daripada banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam.

"Kami juga beri bantuan tepi jalan seperti trak tunda kecemasan untuk jarak 50 kilometer untuk dua hala, penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit tanpa kos tambahan.

"Jadi, ambil sahaja insurans Allianz, maka anda akan mendapat semua manfaat dan tidak perlu risau lagi," katanya.