Soon Huat-Shevon Lai gagal ke final Korea Masters

Iklan
Aksi Soon Huat-Shevon Lai pada saingan separuh akhir, pagi tadi. - Foto Badminton

PASANGAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai gagal mara ke final Korea Masters apabila tumpas 11-21, 15-21 dalam tempoh 33 minit pada aksi separuh akhir kepada pasangan China, Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong, pada Sabtu.

Selepas menundukkan pasangan Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han 21-16, 21-11 pada aksi suku akhir, pasangan Soon Huat-Shevon Lai yang juga pasangan ranking ke-13 dunia ketika ini dilihat berjaya memberikan tentangan kepada Xuan Yi-Ya Qiong.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Xuan Yi-Ya Qiong dilihat tidak banyak terkesan dengan aksi dipamerkan Soon Huat-Shevon Lai bagi memenangi set pertama 21-16.

Pada set kedua Xuan Yi-Ya Qiong meneruskan penguasaan dengan Soon Huat-Shevon Lai dilihat melakukan kesilapan dan menyaksikan pasangan ranking kesembilan dunia itu menang 21-11.

Iklan
Iklan