Rumah terbakar, dua beranak sempat selamatkan diri

Iklan
Keadaan rumah mangsa ketika api sedang marak dalam kejadian kebakaran di Felda Palong 7 pagi Sabtu. -Foto Orang Awam

JEMPOL - Dua beranak sempat menyelamatkan diri dalam satu kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Felda Palong 7 di sini pagi Sabtu.

Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazreen Mohd Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

Iklan
Iklan

"Tiga pegawai dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol serta tiga anggota bomba bantuan diarahkan ke lokasi kejadian.

Bomba berjaya memadam kebakaran di Felda Palong 7 dalam masa 10 minit dan api padam sepenuhnya setengah jam kemudian. -Foto Orang Awam

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah Felda separuh kekal yang terbakar 90 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 26 tahun, namun kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri dengan bertindak keluar dari rumah terbabit.

"Api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan