KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu mencadangkan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata, Muhyiddin merupakan calon tepat untuk mengemudi negara dan kemampuannya mentadbir terbukti semasa dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.
Iklan
Iklan
Malah menurutnya, cadangan itu juga berasas kerana bekas Perdana Menteri itu meletak jawatan disebabkan hilang kepercayaan ahli Dewan Rakyat bukan kerana ditolak oleh rakyat.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, walaupun mencadangkan nama Muhyiddin, namun Bersatu berpendirian untuk terus menyokong kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan.
"Sudah tentu parti masing-masing ada calon Perdana Menteri sendiri, tapi kita tidak adalah fikir nak tumbang kerajaan dan kita akan terus bagi sokongan sehingga Perdana Menteri bubarkan Parlimen serta adakan PRU15,” katanya.
Artikel Berkaitan