Jambatan Rambungan

Iklan
Pemandangan dari udara ketika kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Rambungan kira-kira 30 kilometer yang sedang rancak dilaksanakan ketika tinjauan Bernama, hari ini.

Jambatan dua lorong sehala sepanjang 560 meter ini yang bakal menghubungkan bandar raya Kuching dengan Lundu, Sematan dan Telok Melano, dijangka siap pada Mac 2023 serta menelan kos RM98.5 juta.

Apabila siap kelak, perjalanan dari bandar raya Kuching ke Lundu, Sematan dan Telok Melano akan dapat dipendekkan serta tidak lagi terhad mengikut masa operasi feri serta dijangka akan membuka peluang sosioekonomi penduduk di sepanjang kawasan Lundu-Sampadi.

Iklan
Iklan

Jambatan Batang Rambungan merupakan salah satu Projek Jalan Pesisir sepanjang 896 km yang dijadual siap sepenuhnya pada 2025.