Permohonan pengeluaran Khas KWSP mula diluluskan

Iklan
Status permohonan pengeluaran KWSP diluluskan mula diterima pemohon sejak malam Sabtu.

SHAH ALAM - Sebahagian pengguna media sosial berkongsi status gembira selepas permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan.

Beberapa pemilik Facebook mula berkongsi status ‘hijau’ bahawa permohonan mereka diluluskan.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna media sosial dengan nama Ayeen Zahana bersyukur permohonan yang dibuat pada 31 Mac jam 10 malam diluluskan.

"Alhamdulillah, saya pun dah hijau. Saya mohon pukul 10 malam, 31 Mac,” tulisnya di media sosial itu.

Iklan

Kegembiraan sama turut dikongsi oleh Shahidul Mohd Khalid apabila permohonannya juga diluluskan

"Saya dah hijau, tunggu duit masuk akaun saja,” kata Shahidul.

Iklan

Izz Wani pula berkata, permohonan pengeluaran KWSPnya dan suami turut diluluskan.

"Alhamdulillah, lulus 21 April memang kebanyakan semua tarikh 21 April ke?” katanya.

Bagi Siti Nuraishah Hanum, duit pengeluaran diperoleh suaminya akan digunakan untuk membayar hutang.

"Siapa buat malam 31 April akan diluluskan, lepas hendak bayar hutang yang ada,” katanya.