Lebih 300,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Iklan
Seramai 1,390,105 kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 308,116 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 8.7 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Jumaat.

Berdasarkan laman web CovidNow seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,869,234 individu atau 92.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,971,696 individu atau 95.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,965,602 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,960,229 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,925 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan

Sebanyak 55,755 dos vaksin Covid-19 telah diberikan pada Jumaat melibatkan 5,767 dos penggalak, 38,467 dos kedua dan 11,521 dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,489,172.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara pada Jumaat dengan Perak mencatat jumlah tertinggi sebanyak lima kes diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing dua kes.

Iklan

Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan satu kes. - Bernama