Harimau Selatan tekad terus 'mengaum'

Iklan
Penyerang import JDT, Bergson Da Silva dicabar pertahanan Guangzhou FC dalam aksi sulung Kumpulan I ACL 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Foto FB Johor Southern Tigers

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora akan mengekalkan corak permainan menyerang ketika berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dalam aksi kedua Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadum Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin.

Menurut Mora, corak menyerang yang diamalkan skuad Harimau Selatan itu dilihat telah berjaya membantu menghasilkan kemenangan besar 5-0 ke atas wakil China, Guangzhou FC pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengingatkan pemain untuk terus beraksi dengan pendekatan secara menyerang kerana kita perlu mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol.

"Itulah yang kita lakukan ketika menentang Guangzhou FC dan ia berjaya menghasilkan kemenangan buat kita.

Iklan

"Apa pun, untuk perlawanan seterusnya dengan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale, kita akan menyaksikan kedua-dua pasukan ini beraksi sebelum kita tentukan corak permainan terutamanya corak serangan yang akan kita gunakan,” katanya.

Dalam aksi sulung Kumpulan I itu, JDT melakar kemenangan bergaya ke atas kelab China itu yang diberitakan menurunkan ‘kesebelasan kedua’ dengan menampilkan ramai pemain muda selain tanpa kudrat pemain import.

Iklan

Penyerang import, Bergson da Silva meledak hatrik pada minit ke-10, 28 dan 52 manakala pemain gantian, Ramadhan Saifullah menjaringkan satu gol pada minit ke-81.

Satu lagi gol dijaringkan penjaga gol Guangzhou FC, He Lipan yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-13.

Mengulas mengenai aksi pemain pertahanan, Shane Lowry dan Shahrul Saad, Mora berkata, kedua-dua pemain itu telah mempamerkan aksi mantap bagi mengemudi benteng pertahanan JDT.

Malah, Mora tidak menolak kemungkinan kedua-dua pemain bakal bergandingan sekali lagi dalam pertemuan menentang Ulsan Hyundai nanti.

"Secara keseluruhannya, kedua-dua pemain ini telah beraksi dengan baik bagi mengekang asakan-asakan lawan di sepanjang perlawanan.

"Oleh itu, diharapkan aksi kali ini akan dapat membantu menjadikan mereka lebih fokus dan bersedia untuk diturunkan lagi pada perlawanan-perlawanan akan datang,” ujarnya.