METMalaysia uji siren amaran tsunami di Kelantan pada Ahad

Iklan
METMalaysia akan laksana ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia di dua lokasi di Kelantan pada Ahad ini. (Gambar kecil: Makluman berhubung ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia.)

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 17 April 2022 di dua kawasan di Kelantan.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Ahad berkata, kawasan tersebut adalah Pantai Genting, Tumpat pada jam 9 pagi dan Padan Istiadat, Pantai Irama Bachok pada jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.

"METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Sabtu.

Iklan
Iklan