KOTA KINABALU - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang boleh menggugat kestabilan kerajaan kini yang telah berkhidmat dengan baik untuk rakyat.