1,072 kes Macau Scam libatkan kerugian RM30 juta

Iklan
Sumber gambar daripada Facebook rasmi Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police pada Sabtu

SHAH ALAM - Sebanyak 1,072 kes penipuan ‘Macau Scam’ melibatkan modus operandi menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak Januari hingga April tahun ini telah dibuka kertas siasatan.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police melalui perkongsian di Facebook rasminya mendedahkan jumlah kerugian akibat kes berkenaan adalah sebanyak RM30 juta.

Iklan
Iklan

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya segera memutuskan panggilan sekiranya dihubungi oleh mesin operator yang memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN.

"Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda, jangan percaya!

Iklan

"Tindakan anda: Semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. Putuskan panggilan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Selain itu, menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sebaliknya putuskan panggilan sekiranya diarahkan untuk pergi ke balai polis tertentu untuk membuat laporan polis.

Iklan

"Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan, jangan beri! Tindakan anda: putuskan panggilan dan jangan layan.

"Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan. Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut,” ujarnya.