Penyokong United protes, desak keluarga Glazer tinggalkan kelab

Iklan
Penyokong melakukan protes di luar Stadium Old Trafford mendesak keluarga Glazer meninggalkan pasukan tersebut.

BERIBU penyokong Manchester United melakukan protes terhadap pemilik kelab tersebut di luar Old Trafford sebelum pertembungan menentang Norwich pada Sabtu, mendesak keluarga Glazer untuk meninggalkan pasukan itu.

Penyokong The Red Devils dilihat berarak serentak menuruni Sir Matt Busby Way di luar stadium sebelum bergerak masuk ke terowong Munich sambil membawa sepanduk yang menyatakan ketidakpuasan terhadap keluarga Glazer.

Iklan
Iklan

Mereka juga turut menyalakan suar sambil menyanyikan lagu-lagu anti-Glazer sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menutup pintu masuk ke stadium kerana dikhuatiri peristiwa yang berlaku pada Mei lalu iaitu penyokong memecah masuk stadium dan berkumpul di atas padang berulang kembali.

Gerakan anti-Glazer sebelum ini mendapat perhatian ramai peminat selepas United terlibat dalam percubaan membentuk Liga Super Eropah pada tahun lalu, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Iklan

Gerakan tersebut dijangka akan berterusan menjelang penghujung musim ini apabila United sekali lagi menamatkan kempen tanpa trofi dalam tempoh lima tahun dan sembilan tahun sejak kemenangan liga terakhir mereka.

Untuk rekod, United dibeli oleh keluarga American Glazer dengan harga 790 juta pound (RM4.37 bilion) pada tahun 2005.

Iklan

Walaupun kelab itu telah disenaraikan di Bursa Saham New York sejak 2012, Glazers masih berjaya mengekalkan pemilikan majoriti.