Rangnick minta penyokong tidak lakukan serangan individu

Iklan
Rangnick - Foto Sports Illustrated

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick meminta agar penyokong tidak melakukan serangan peribadi kepada mana-mana pemainnya selepas pemain tengah, Paul Pogba menjadi mangsa terbaru ketika pasukan tersebut menang, 3-2 ke atas Norwich.

Pada perlawanan itu, Pogba yang masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya di United selepas kontraknya berakhir musim ini dijadikan mangsa oleh penyokong tuan rumah untuk melepas geram ketika dikeluarkan pada minit ke-73.

Iklan
Iklan

"Saya sebenarnya tidak mendengar saat Pogba diejek oleh penyokong United, namun saya ada berbincang mengenai perkara tersebut bersama staf kejurulatihan selepas itu.

"Saya sangat memahami penyokong kini berada dalam keadaan tertekan dan kecewa. Bagaimanapun, saya rasa tidak logik untuk mereka menyerang hanya satu pemain sahaja kerana sukan ini permainan berpasukan.

Iklan

"Kami memikul tanggungjawab bersama, semua orang di sini dan sebab itu saya rasa ia tidak wajar untuk mengecam pemain secara individu," kata Rangnick selepas perlawanan menentang Norwich.

Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford, Cristiano Ronaldo meledak dua gol untuk meletakkan tuan rumah di depan, namun jaringan Kieran Dowell dan Teemu Pukki kembali menyamakan kedudukan untuk Norwich.

Iklan

Pukki hampir meletakkan pelawat di depan tetapi percubaannya dinafikan David de Gea sebelum Ronaldo melengkapkan hatrik menerusi sepakan percuma.